November 30, 2015

I Miss You & Us


ayah...

bila setiap kali adik mengeluh,
bila adik rasa dah penat dengan semua benda yang terjadi,
bila setiap kali adik dah tak tahan dengan segala jenis kerenah,

dan,
adik tahu ayah nak adik bangun semula,
adik tahu ayah nak adik berhenti menangis,
adik tahu ayah nak adik jaga mama,
adik tahu ayah nak adik jadi kuat, untuk hadap kerenah dunia.

selagi mampu ayah, selagi adik mampu.
adik akan cuba, yang terbaik.

ayah, adik rindu ayah,
adik terlampau rindu ayah. 


dah 2 tahun dah ayah.
hidup adik tanpa ayah.

semoga tahun-tahun berikutnya adik tetap kuat,
tanpa kehadiran ayah. 

i miss you. and us. 
love, nadia. 

November 19, 2015

Convocation Day [Part 2]

salam dan hi!

aku rasa aku ni jenis memang suka bercerita lah. padahal boleh je update gambar semua dalam one post je tapi disebabkan suka sangat membebel maka setiap entry mesti panjang lebau. haha maaflah ye awak-awak semua. 

our convocation memang sekejap gila. around 11 am dah boleh keluar dewan. sampaikan my family members tak sempat datang lagi sebab they didn't expect aku keluar awal sangat, haha. 



ini jelah gambar classmates yang aku sempat menyibuk sebab lepas keluar dewan, habis semua hilang entah kemana-mana. terima kasih classmates for everything, yang pernah tolong aku masa jatuh dan bangun aku sepanjang 4 tahun aku menapak dekat UTM sanjungan bangsa tu, dan untuk yang pernah jadi ex-bestfriend(s), ex-crush, ex-scandal, ex-boyfriend(s) dan yang masih setia jadi kawan aku sampai sekarang, semoga kita punya ruang bertemu di mana-mana nanti. so, siapa nak kahwin dulu ni? (weh, emosi pulak weh apahal ni apahal?)

afifah x nadia
hai afifah, terima kasih. sebab ada sentiasa sepanjang semester terakhir kita. ya, memang lah kita kenal agak lambat but alhamdulillah, kita berjaya juga kenal dan rapat kan? untuk senaraikan segala kebaikan yang ko hulurkan dekat aku, aku rasa aku tak mampu sebab terlampau banyak. aku tahu ko tengah stalk aku kan? so, jangan emosi sangat, haha. kita jumpa tahun depan k?

shasha x nadia
hai shasha, terima kasih sebab ajar aku untuk terus abaikan orang sekeliling yang banyak menyusahkan diri kita, gitew~ terima kasih untuk sentiasa positive on whatever we do together and in all our group project dari zaman first year sampai lah ke sisa terakhir. semoga Allah jodohkan dengan cinta kita, hamboi ayat aku  

fatimah x nadia
alfatihah x nadia
hai fatimah dan alfatihah, terima kasih for the kegigihan berjumpa dengan kakak korang ni. walaupun kenal korang agak lambat dan tak dapat nak spend time atau bawak korang jalan-jalan atau belanja korang on whatever you guys nak, tapi, korang still datang even korang ada kelas sebenarnya, alahai terharu. kakak sayang korang, lillahitaala. belajar rajin-rajin. nanti kakak datang buat suprise pulak k? inshaAllah.

aleya x nadia
hai aleya. terima kasih sebab selalu risaukan aku dari zaman matrik sampailah kita dah habis belajar dan sampailah sekarang. walaupun kadang-kadang aku terasa ya rabbi dengan ko punya nasihat tapi itulah yang terbaik sebenarnya kan? terima kasih tak penat jadi kawan/penasihat aku sepanjang 5 tahun pengenalan kita. semoga Allah temukan kita kelak, aku sayang ko, dunia akhirat. 

pojie x nadia
hai pojie. terima kasih sentiasa ada bila saya merengek perlukan peneman sepanjang 4 tahun pengajian kita. terima kasih untuk semua benda yang berlaku antara kita. terima kasih selalu jadi boyfriend tipu nadia bila diperlukan. k gais, he's not single and not available, makwe dia kawan kita k, hahaha. semoga tak makbullah doa untuk jadi madu tqa nadia walau apa pun jadi dekat hidup saya atau awak kelak. cepat kahwin k? 

baru perasan gambar berdua ada yang ini sahaja  dan sesungguhnya, gambar dengan tulang belakang aku dari zaman matrik dan sepanjang di UTM, ku nu ainina & umi nadiah, takde sebab setiap kali terserempak tak pernah terfikir nak tangkap gambar atau tengah buat benda lain, hm. tapi, nadia tetap sayang korang, dunia akhirat. terima kasih, untuk segalanya. 

nanti sambung lagi, dah panjang sangat ni, hahaha. 'till next time, goodbye~

love, nadia.

November 16, 2015

Convocation Day [Part 1]

salam and hai.

okay, harini happy kemain sebab finally dah jumpa membe satu department yeay! bukan setakat satu department, malah, satu company, satu work station dan satu team. haa nampak tak nadia taip dengan bahagianya tu? siapa yang nadia seronok sangat tu? actually, yang baru join team csg adalah awiey, merangkap classmate dan fypmate masa dekat utm dulu. dan dia lah juga geng tak sempat siap pcb dan present fyp hanya menggunakan poster. haa berjodoh sangat kitorang ni, eh? 

so, disebabkan mood tengah happy kemain, maka, aku nak spam gambar hari convocation haritu. marilah kita~

Sebelum Masuk DSI:

seawal 5 pagi aku bangun, mandi bersiap walaupun aku takdelah reti nak bersiap lama-lama. dengan menggunakan baju konvo kakak tahun lepas, tudung free dari kedai paksu dan kasut pergi interview, maka siaplah aku untuk ke majlis convocation. malangnya, aku tak cukup bersiap di mata keluarga aku, maka aku dipaksa untuk memakai lipstick. k gais, jangan gelak k.

ye saya pakai lipstick k. saya dah jadi gadis, kahkah
moksu x tokmak
sampai je utm, singgah jumpa abang2 azah nak belikan breakfast dekat mama & abang. bila dah terangkan semua benda dekat mama, maka aku undur diri mencari teman seperjuangan. gitew~ pergi daftar dengan zahidah, dan selepas tu terjebak lepak dengan shasha & izzul & kawan-kawan izzul yang lain. ya, waktu tu si orang jauh tak reti nak reply telegram aku sebab sibuk dengan kawan-kawan yang lain. 

with #teamforeveralone, nadia x shasha
with classmates, zahidah x tirah mus x nadia x shasha
tirah ib x naz x kak yana x mila x nadia and others fke-ians
with iqram's kesayangan, mila x nadia
with forever positive minded classmate , tirah mus x nadia
and with my annoying girlfriend ever, nadia x afifah
Dalam DSI:

sebelum announcement around 7.45 or 8 am kot, sempatlah ber-skype dengan orang jauh. soalan yang aku tanya berulang kali adalah, "awak, macam orang tua tak? pelik tak? okay tak?" dan dia be like, "awak, everything is okay. jangan gelabah sangat boleh tak?"  lepas tu, diorang dah panggil suruh berarak masuk dewan. dan masa bergerak ni lah ternampak ex-scandal aku. semangat aku melambai, nasib dia respon, kalau tak ya rabbi segan! haa, masa berarak masuk ni, ada jugak yang buat hal daftar lambat. haa siapa classmate aku tahulah siapa yang suka sangat buat hal tu even waktu penting cenggini. dan seperti yang dijangkakan, seat aku dengan ex-boyfriend hanyalah dipisahkan dengan mila. nasib ada mila, phew~

ex-boyfriend tangkapkan gambar, naz x atie x cikqie x tirah mus x kak yana x nadia x mila
tadaa, nampak kan ada entiti menyibuk kat situ?
ada suatu kejadian tak diingini berlaku bila mula-mula pelajar fke naik pentas, around 10-15 people, nama diorang tak appear dekat screen. nasiblah kitorang ni course yang terakhir dan masalah dapat dibetulkan dalam masa yang cepat. gitew~ goodjob kfk! 

masa beratur tepi dewan, pergh debau dia lain macam betul. mana nak fikir nak senyum sebab nak bagi gambar elok, mana nak fikir baju labuh takut terpijak dan terjelopok jatuh, mana nak fikir tempat dot-dot yang sepatutnya kitorang ikut. haa nampak tak banyak benda kena fikir? nak dijadikan cerita, waktu naik pentas, dean fke asyik buat lawak sampaikan aku terlupa nak cakap apa dekat Pro-Cansellor. haha ampunkan saya, semua salah dean k?

thank you abang for capturing this moment
okay dah pukul 5pm dah. maka nanti aku sambung lagi spam gambar dan segala jenis cerita belakang tabir. 'till then, bye 

love,nadia.








November 9, 2015

Pre-Convocation

salam dan mari mula sesi throwback~

entry kali ni sebenarnya ini nak ceritakan perjalanan sebelum tibanya hari convocation. kalau tak nak baca boleh skip k entry kali ni? 

23/10/2015: 

disebabkan aku tak pernah berani nak naik flight, maka pengangkutan aku kesana adalah menaiki bas. macam biasa, permasalahan bas dari Kulim-JB tak pernah selesai. sesuka hati dia nak berhenti berjam-jam dan kesudahnya sampailah lewat. terima kasih untuk fifah & bakal tunangnya (ehem) sebab sanggup tunggu & jemput aku dekat sri putri, hantarkan pergi rehearsal, hantarkan ke KTF dan izinkan aku menyibuk tengok wayang bersama 

terima kasih classmates sudi ajak join sekali breakfast walhal hakikatnya aku sendiri yang tawar diri nak join, hahaha. itu jelah aku rasanya masa yang ada untuk catch up story. worth it walaupun sekejap je. 

terima kasih adik-adik melayan kerenah kak nadia korang especially Al yang tumpangkan bilik dan telinga dengar segala jenis gosip, hiks. 

terima kasih bff yang datang dari Pasir Gudang sesudah habis kerja dan kena paksa belanja Domino. i love you  

dan terima kasih napi tolong hantarkan jubah. dahlah tolong ambilkan lepastu tolong hantarkan pulak, eh memang calon suami ni  comel ngat segan jumpa kita malam tu! 

24/10/2015:

sementara tunggu family datang, Al ajak tangkap gambar. maka, terjadilah pre-convocation secara solo di sekitar F19, KTF, hiks

ye, suka berkerut. dan membebel.
ye, gemuk kan? tahu
boyfriend mana boyfriend?
dan beberapa lagi keping gambar yang lebih kurang sama je post dia sebab aku tak reti hoi nak tangkap gambar sesorang 

lepas dah merapu tangkap gambar itu ini, labmates datang jemput ajak lunch. yang ada cuma Md Noor, Azraf & Amin dan si Farizal yang malas nak datang, grr. semoga perjalanan korang dipermudahkan. tolong doakan senior aku semua dapat habiskan master secepat mungkin. goodluck bros 

dan sesudah lunch, tibalah keluarga yang jauh dari perantauan. and the rest was history.

dinner w/ kesayangan
love, nadia.

November 2, 2015

New Update?

sebenarnya kan...

aku ada banyak benda nak update.  
pasal convocation aku semestinya.
pasal sebelum convo, semasa convo dan selepas convo. 

tapi...
aku tunggu punya tunggu.
mood menulis tak kunjung tiba.
mood lain pulak berlambak2 datang, haha.

so, aku peram dulu gambar convo dan segala jenis cerita dibelakang tabir ye?

tapi aku update juga harini sebenarnya bersebab..
haa, sebab apa tu?
jeng jeng jeng..

haha tak ada apa sebenarnya..

aku cuma rasa, malas nak kahwin.
is it okay sebenarnya perasaan ni? 
ke memang bila dah start kerja perasaan kahwin ni jadi malas?



aku cuma rasa,
aku cuma malas nak fikir, hihi.

mungkin nak puaskan kehendak diri dahulu, mungkin?
dan, aku nak bakal pasangan aku kejar dulu impian hidup dia, kot?

tapi kalau jodoh sampai dulu, aku redho. haha. 
apa, awak nak masuk meminang saya ke tu? 
memang tak lah kan? haha.
okaylah bye. 
love, nadia.