August 28, 2015

A month

salam.

alhamdulillah, bila berakhirnya harini, maka genaplah sebulan (kira cincai ah, hiks) aku kerja sebagai Layout Mask Design Engineer. dua minggu pertama dibazirkan dengan perkara2 yang tidak berfaedah (tapi ada lah jugak usha notes lama2, refresh balik, kononlah) dan dua minggu seterusnya dipenuhi dengan segala bentuk training, haha. 

dekat sini, kebanyakkan dah level senior engineer. susah betul nak jumpa fresh grad, minimum pun 2-3 years experience maka agak sedikit segan lah bila bergaul dengan orang berpengalaman ni. tapi alhamdulillah, semuanya tak pernah sombong, tak pernah berlagak dengan pangkat masing2. tiga hari pertama ja aku makan dekat cafe KM6 dan hari2 seterusnya keluar makan. bila dapat geng yang suka food hunting ni, seronoklah. dalam masa sama dapat lah jugak tahu kedai area Kulim ni even though aku ni memang orang sini. well, duduk sini nak buat menda lunch kat luar, haha. 

sepatutnya harini last aku training tapi sebab start lambat maka diberi keizinan untuk meneruskan training lagi seminggu. kalau tak selasa depan dah kena join new project, wuu debor. dah kena hadap deadline, dah kena involve dengan teammates, dah kena buat block sorang2, debor babe! end of training maksudnya tanggungjawab pun makin besar. alhamdulillah sekali lagi bila dapat group manager yang sempoi dan teammates yang suka membantu. tapi next week dah kena join meeting, bertambah-tambah lah debor. 

oh, sepatutnya nak bercerita pasal resume kan? tapi masa tak mengizinkan. ini pun aku curi masa rest lepas siap assessment, hiks. gigih betul nak menaip tau nadia ni~ nah belanja gambar berjaya cleankan error, hiks. 




oh, ahad ni sebenarnya ada jemputan tapi disebabkan ingin mengelakkan diri untuk menjadi orang yang hipokrit maka, aku Azwa dengan Wafa decide tak nak pergi. mula2 tu rasa bersalah tapi bila fikir balik baiklah rasa bersalah dekat diri sendiri dari orang lain. lagipun, ahad ni dah janji dengan Completed The Incomplete, nak berkumpul sebelum Wafa pergi Puchong dan jugak meraikan Azwa start kerja 1/9 ni, hiks. maka alasan tu begitu kukuh untuk tidak pergi jemputan tersebut (alasan sangat semua, haha)

so, semoga semua boleh join dan semoga dipermudahkan impian nak berkumpul! k nak sambung merehatkan diri. happy 3 days holiday gais~
 love, nadia.

August 26, 2015

Dear ex-boyfriend(s)

dear ex-boyfriend (you-know-who-you-are),

as we decided to go with our own ways, maka maksudnya, kita ni dah tak terikat dengan apa jenis janji yang berlaku sebelumnya kerana sesungguhnya pandanglah seketika di cermin dan beringatlah bahawasanya siapa sebenarnya yang telah melanggar janji dan menghilangkan kepercayaan ketika suatu masa dahulu. 

dan apabila saya memaafkan apa yang berlaku antara kita dan menerima kembali kalian di dalam kehidupan sebagai kawan (saya tekankan kembali, KAWAN), maksudnya kita hanyalah sekadar kawan. kemana saya pergi, dengan siapa saya berkawan atau sebarang aktiviti yang seangkatannya, sesungguhnya saya tidak perlu lagi untuk memberitahu kalian atau menjawab segala jenis persoalan yang kalian usulkan terhadap saya. 

sesungguhnya saya tersangatlah mudah untuk memaafkan apa yang telah berlaku di antara kita tetapi sayangnya saya tidak mudah untuk melupakannya. maka sebarang aktiviti untuk memenangi hati saya kembali bolehlah dilupakan sepenuhnya. dan kalau kalian rasa saya ni terlampau melebih2, takbur, riak atau seangkatan dengannya, maka saya amatlah menggalakkan kalian untuk terus meninggalkan atau mengabaikan saya sepertimana yang kalian telah lakukan sebelum ini (eh tak kan dah tak reti?).

dan jika kalian pernah terfikir, "eh mengadanya memilih, ingat ada orang nak kat hang lagi ka?", sesungguhnya itu adalah masalah saya dan jugak mungkin masalah keluarga saya (jika saya tidak kahwin jika umur saya semakin meningkat) dan langsung tidak melibatkan kalian. mama saya pernah pesan, "sesungguhnya orang yang meninggalkan kita janganlah kita terima semula kerana mungkin mereka akan menyusahkan kita kembali sepertimana mereka telah lakukan sebelum ini". eh itu bukan mama saya pesan, rupanya saya yang pesan sendiri dekat diri saya. tapi saya ni bukanlah seorang pendendam maka saya terima kalian semula tapi sebagai kawan. ye kawan, faham tak definisi kawan tu apa? sila google sendiri. 

saya memohon dan merayu, berhentilah untuk melakukan sebarang aktiviti yang membuatkan diri saya membenci kalian sekali lagi. sesungguhnya jikalau kalian pergi dari hidup saya, saya tidak pernah rugi apa2 kerana saya sudah terbiasa dengan ke-tidah-hadiran kalian ketika kita bersama dulu (if you know what i mean, ehem). sesungguhnya juga, saya tidak lah punya tahap kesabaran yang tinggi, maka berhentilah. 

sincerely, 
your ex-yours

coretan di atas di taip setelah saya cuba untuk menghabiskan sedikit masa dengan handphone kerana ingin cuba tenangkan diri mengadap genoa yang macam $@##^&. tapi sayangnya diri semakin serabut dengan whatsapp kalian. ya saya memang suka kejar orang yang tak suka saya dan mengabaikan orang yang terhegeh dekat saya, maafkan saya. saya memang suka menyusahkan diri saya, maka lantak dekat saya lah saya nak buat apa. sekian.

love, nadia.

Yesterday

salam. 

harini nak kena taip secara ringkas (tapi kalau tiba2 panjang tu maaflah, haha) sebab kerja dah bertimbun sebab bila vnc aku dah berfungsi, maka aku sudah tidak ada masa nak berfoya-foya. so, let's proceed. 

yesterday was disaster ! semalam our company ada buat open internal. okay apa open internal ni? kiranya kami pekerja2 ni, tak kiralah BB (Blue Badge - permanent worker) atau GB (Green Badge - contingent worker) boleh lah promote mana2 yang diorang kenal either fresh grad or experience worker untuk bekerja dengan kitorang ni. aku pun tak faham dia punya process macam mana tapi disebabkan cubicle depan aku, si Kak Ana ni tersangatlah rancak cari kawan2, maka aku pun terjebak sekali. but in the same time, aku nak jugak tolong kawan2 aku yang masih tengah mencari kerja tu, so aku adakan 'Cheat Hour' which is aku dibenarkan untuk online dan sebarkan dan mencari mana2 orang yang teringin nak cari kerja dan work with our company. 

dipendekkan cerita, bila kita dah sebarkan benda alah ni melalui twitter maka datanglah seribu jenis soalan bertanyakan pasal position apa, kerja dekat mana, gaji dapat berapa, bila interview. actually, aku cuba untuk cool down dan try untuk jawab setiap satu soalan tapi aku hanyalah insan biasa yang tengah busy bekerja, haa giteww~ ditambah pulak tengah emosi tak stabil, ya rabbi, menguji kesabaran luar dalam! maaflah kalau ada yang tak menjawab atau terkasar bahasa. pasal resume yang aku terima, senior aku adalah suruh aku bagitahu balik yang mana untuk buat improvement resume tapi tu nanti aku cerita dalam next entry (cewah, macam ada orang nak baca, hiks).

dan semalam jugak, my another makwe, Azwa dah dapat confirmation place untuk sambung her chamber dekat firm area Perda. alhamdulillah. aku seronok sebab dekat dengan aku maka masih ada lah yang aku boleh culik bila aku serabut dengan kerja aku but in the same time aku sedih sebab semua dah start bekerja. bila dah start bekerja ni, everything will change. masa dengan dunia luar jadi semakin terhad dan sesungguhnya Azwa seorang yang terlampau focus on her work. so i just hope dia still ada masa bila aku perlukan dia (i mean, bila aku betul2 serabut) sebab kalau setakat merengek tak kena masa tu, bior jelah dekat aku, hiks. 

bila dengan diorang ni, aku tak reti nak berahsia. punyalah bersungguh2 berahsia dengan Wafa but end up, aku yang akan cerita sendiri dekat dia what actually happened between us. after having a short conversation and discussion with them, i think i should stop and give him time to cool down. and i hope my work mampu untuk buat aku lupa pasal benda alah ni. hopefully lah. dah 23 tahun pun masih serabut pasal hati dan perasaan, emosi betul aku dengan diri sendiri ni, haih~

eh okay lah, jumpa next entry pasal resume! mari kita sambung kerja. 

dear Azwa,

bila hang cakap dekat aku yang kalau hang tak dapat firm dekat Perda ni hang nak accept ja dekat Ipoh tu, aku dah menangis sendu2 dah. after Zuhanna pergi TLDM aku rasa aku lebih banyak mengadu dekat hang, dekat Wafa. and you know everything about me sampaikan aku sendiri tak tahu apa benda ja aku tak cerita dekat hang. bila aku bukak message hang and you told me yang hang dapat kerja, aku rasa lega sangat. you know how much aku sedih bila Wafa cakap dia nak kerja dekat Puchong kan? okay macam dah nak sendu pulak. so, aku harap hang terus tabah untuk melayan kerenah aku yang tak berkesudahan ni. congratulation sayangku! aku sayang hang, lillahitaala. 

love, nadia.

August 25, 2015

Baby Girl is Going

salam.

alhamdulillah for another day. so harini nak kongsi pasal makwe kesayangan. disebabkan aku dilahirkan dengan kelebihan tidak disukai oleh kaum sejenis, maka kawan perempuan aku tidaklah ramai mana, masih boleh kira dengan jari. 

so, nak cerita pasal siapa sebenarnya ni? siapa yang nak going tu? 

dulu kitorang ni berlima, kemana-mana berlima lah, dah macam kembar. ahlinya; aku, Zuhanna, Azwa, Wafa dan Piqah. actually, Wafa dah dapat kerja dekat IOI Puchong. maka beliau akan meninggalkan aku dengan Azwa dekat sini, berdua. itupun kalau Azwa dapat kerja area sini lah. kalau tak, terkontang kanting lah sorang2 dekat sini. eh, mana pergi Zuhanna? haa Zuhanna ni dah masuk tahun kedua (ke ketiga?) dekat TLDM Lumut. so, sememangnya kitorang ni tersangatlah jarang jumpa. disebabkan beberapa hal tertentu, hubungan kitorang dengan Piqah agak renggang. maka kesudahnya, hanya aku dengan Azwa. 

sedih ke? semestinya lah! dari awal Wafa nak pergi interview, aku tak berapa suka dan macam2 benda negatif aku fikir, siap doa tak dapat lagi (sorry baby). haa melebih tak nadia ni? aku ni kira overly attached jugak lah dengan girlfriend(s) aku ni. sebab dengan diorang lah aku share segala jenis masalah aku yang semestinya tak pernah berkesudahan ni. ni lah geng meroyan, geng karaoke,  geng tengok wayang, geng mengumpat itu ini, geng segala jenis geng lah. 

disebabkan emosi tengah menguasai insan yang lemah ni, maka aku coretkan sedikit pesanan ikhlas untuk Wafa dan aku nak sambung buat kerja (padahal pergi toilet sambung nangis. eee drama lah).

dear Wafa,

selamat bekerja wahai sayang. bila dah masuk alam bekerja ni, everything will change. ada banyak benda kita nak kena fikir dan ada banyak benda kita nak kena uruskan. tapi disebabkan hang yang sulung di antara kita (walaupun diri hang tak menggambarkan pun hang sulung, hiks) so aku rasa hang tahu mana yang patut mana yang tak. duit kerja tu simpan lah sikit, kata nak pergi vacation sama2 hujung tahun ni kan? jangan lupa bagi duit dekat Mak dengan Ayah hang (dan kami, eh). jangan lupa aku yang emosi sentiasa ni dan jangan nak busy sangat please? jaga kesihatan, jaga diri, jaga nafsu (padahal aku pun tak reti nak kawal tapi aku pesan ja lah, hiks). dan aku sentiasa doakan hang boleh pindah Penang dengan secepatnya maka kita akan lebih habiskan masa bersama nanti. jaga dri dekat tempat orang, dan aku sayang hang, lillahitaala. 

love, nadia.

August 24, 2015

Mood Swings

hai gais~

aku rasa aku dah terjebak dengan mood swings yang merimaskan, haih. maka aku pilih untuk menaip dari melepaskan dekat orang yang tidak sepatutnya. 

sebenarnya apa benda mood swings ni ? setiap orang khususnya perempuan ni ada mood swings yang tersendiri termasuklah aku (tapi kalau sama tu kira kita geng lah). benda ni berlaku once a month lah (if you know what i mean). walaupun orang kata aku ni half lelaki half perempuan (kononnya aku tak akan melalui lah fasa ni) tapi bila bab emosi ni, aku sendiri mengaku lah yang aku ni pure perempuan. pergh emosi kemain tau ! aku sendiri tak boleh nak hadap kadang2.

so, bila aku tengah turned on mood swings ni, aku banyak luangkan masa dengan diri sendiri. merayau lah kemana-mana aku pergi. kalau dekat johor dulu, banyak kali jugak aku sampai Tanjung Balau secara tetiba tak pun pergi shopping dekat Jusco Tebrau. salah satu sebab aku choose untuk bawak balik si citra tu ke pangkuan keluarga adalah sebab aku rasa aku ni bila tengah mood swings, aku drive macam drifter, segala jenis traffic light aku langar dan kalau boleh, minyak tu tekan sampai habis. iyelah, orang kata emosi menguasai diri, giteww~ sebab bagi aku, aku kena jauhkan diri dengan orang sekeliling sebab time macam ni lah aku senang gila nak marah orang but in the same time aku jugak kuat menangis. aku boleh marah orang tu sampai aku sendiri menangis. dah lah ko marah orang yang tak bersalah lepastu ko menangis, tak pelik ke ? drama sangat tau nadia ni. 

tapi bila duduk dekat rumah, aku tak da pilihan lain. aku cuma boleh tidur secara berterusan atau pun aku memerap dalam bilik. kiranya aku choose untuk jauhkan diri dari keluarga aku ataupun kawan2 rapat dengan aku. walaupun deep inside, aku perlukan seseorang untuk tenangkan diri aku tapi itulah. susah nak orang faham kehendak diri kita sebab kita sendiri pun tak faham diri kita. 

seharian aku jauhkan diri dalam dunia maya. aku tak online twitter, aku tak scroll instagram, aku tak stalk orang kat facebook dan aku tak on data dekat handphone. aku siap kunci handphone dalam locker. 

tapi itulah manusia. nak jauhkan diri tapi mana boleh tanggung rasa rindu yang menebal. rendahkan ego sikit dan luahkan kata maaf. padahal memang salah sendiri tapi tak sedor diri, puih. lepastu aku rasa menyesal, "eh dah kenapa nak kena minta maaf pulak bukan salah aku." banyak ko punya bukan salah ko, tinggal anak orang tepi jalan macam tu tak salah lagi ke nurul shafiqah nadia ? 

entah kenapa, perasaan takut tu sentiasa menghantui diri aku. walaupun aku tahu setiap orang berbeza tapi apa yang berlaku dalam kehidupan aku buat aku rasa macam aku akan sentiasa ditinggalkan dan aku rasa macam aku tak akan pernah layak untuk dicintai sepenuh hati, seikhlas jiwa. 30 tahun tu aku rasa dah cukup lama, dah cukup kukuh tapi sebenarnya tak. tak cukup kukuh untuk kekalkan cinta antara diorang inikan aku, yang baru nak menapak menanam kasih yang entah hanya aku seorang yang terhegeh2. bayangkan, bagaimana aku nak percaya cinta itu wujud selepas apa yang aku agungkan sepanjang aku bernyawa tu lenyap musnah macam tu sahaja ? haa nampak, aku emosi lagi. dah melalut bercerita pasal hati dan perasaan pulak.

cepatlah berlalu musim mood swings. aku dah tak larat nak berperang dengan diri sendiri, letih.



i miss you ayah, tersangat rindu.
love, nadia.

August 19, 2015

Selamat Tinggal

salam.

semalam dah mula training dengan samier. so, kononnya dalam fikiran nak bercerita dan berkongsi pasal training tu lah bila sampai tempat kerja esok paginya (sekarang). dan bila sampai rumah penat ya amat sebab banyak sangat input yang perlu dihadam. maka pukul 9 dah light off. 

around 9.30 ada orang call. disebabkan dah tidur, terus je angkat phone call tanpa tengok pun siapa yang call. 

Daus: Awak dah tahu ke?
Me: Huh? Tahu apa? (baru reti nak tengok handphone tengok siapa yang call,hiks)
Daus: Mamat. Dah meninggal.
Me: Oh. Bila? 
Daus: Tadi petang. Dengan Shafril.
Me: Shafril okay?
Daus: Okay. Saya dengan dia ni. Nak pergi buat report.
Me: Oh okay.
Daus: Awak okay?
Me: Okay.
Daus: Nanti saya call awak balik.
Me: Okay.

aku blur, tersangat blur. mama ada dekat sebelah, so pun aku bagitahu, "Ma, pekerja poksu dulu meninggal. Kawan adik dah meninggal dah ma."

saat tu baru aku tersedar. aku pergi toilet, ambil wudhu', masuk bilik, capai telekung, capai Al-Quran. masa aku selak surah yassin, terus aku menangis dan menangis, "Oh, mamat dah pergi. Mudanya ko dik Allah jemput ko. Senangnya Allah cabut nyawa kita ni dik." maka sepanjang aku baca surah yassin, aku menangis dan cuba tenangkan diri sendiri. 

dan semua memori datang satu persatu.

aku kenal arwah dan kawan-kawan lain waktu aku kerja part time cuti semester, June 2012 dekat Teratai Seafood, Seksyen 13, Shah Alam. yang kerja dekat situ semua budak-budak lagi. sebab masing-masing tak nak sambung belajar, so cari kerja nak tampung hidup. setiap petang, aku akan tarik sorang dari diorang, bersembang pasal kehidupan diorang. sebab budak-budak macam ni tak ada siapa yang nak ambil peduli. dan bagi diorang, aku ni kakak dan dengan aku, diorang cerita segalanya. dari situ aku selalu nasihat diorang suruh kumpul duit, suruh dekatkan diri dengan Tuhan. ada yang dengar cakap, ada jugak yang degil. bila aku datang balik cuti semester seterusnya, June 2013, masing-masing dah ada motor sendiri, "Tengok ni kak nadia, kitorang simpan duit beli motor. Lepas ni nak beli kereta pulak lah, nak beli rumah, nak bagi dekat mak." dan yang paling aku ingat arwah datang dekat aku dan cakap, "Mat solat. Mat tak lupa kak nadia pesan. Cuma kadang-kadang Mat tertinggal sebab Mat susah nak bangun pagi." 

argh aku dah tak boleh kawal emosi ni. 

urusan ko di dunia dah selesai dah dik. selamat tinggal kamal shah, selamat tinggal mat kecik.


 Al-Fatihah
love, nadia.


August 17, 2015

Jodoh atau Bodoh?

salam.

entry kedua dalam hari yang sama. sebabnya aku tulis entry secara berterusan sebab aku rasa aku nak tulis lah. hiks. taklah, aku rasa aku teringin nak share apa yang aku rasa dan apa yang aku alami sebelum2 ni. kemain macam retis tau nak share bagai, hiks.

so, nak cerita pasal apa sebenarnya ni? 

cakap pasal jodoh ni, aku ni kira selalu jugak berusaha untuk mengubah takdir aku lah (kononnya). even though my relationship with my partner (previously) agak teruk, i'll always try to betulkan segala jenis masalah yang berlaku walhal sebenarnya aku tak sedar itu adalah tanda yang Tuhan tunjuk untuk blah dan move on. 

so, sebenarnya kita ni patut buat apa?

previously, aku selalu lah mainkan perasaan orang. ala dulu, zaman jahiliah, zaman cinta monyet, so selalu jugak lah mainkan perasaan orang. kononnya bajet hot-stuff lah nak mainkan perasaan anak orang, hamboih (sila jangan jadikan contoh ya). so, bila dah besar sikit dan bila orang buat balik dekat kita, kita rasa macam, "oh, hukum karma. redho jelah." ye pun hukum karma, ko janganlah jadi bodoh untuk diperbodohkan secara berterusan, hamboih !

bagi aku, jodoh ni macam impian hidup. so, untuk capai setiap impian kita mestilah kita akan berusaha bersungguh2 untuk dapatkan kan? dan bila kita dapat, kita akan jaga elok2 untuk tak bagi benda tu hilang macam tu ja. tapi, ko kena ingat, setelah usaha, kita perlu tawakal dan redho. redho tu redho jugak tapi jangan lupa untuk berdoa. ya, berdoa. doa tu kunci segala-galanya. 

sebagai contoh, tatkala aku diperbodohkan oleh seorang lelaki ni, hati aku masih lagi nak terima dia lagi sebab bagi aku, dia ni boleh diberi peluang kedua (ketiga, keempat, kelima, etc). so the best decision yang aku buat adalah aku tak berhenti berdoa. bukannya berdoa, "ya Allah ko jodohkan dia dengan aku tak kira apa yang berlaku." hamboih, drama sangat. gunakanlah the power of doa by asking Him what actually you should do ? alhamdulillah, walaupun lambat aku bertindak tapi aku masih berpeluang untuk betulkan keadaan. sesungguhnya bila ko letakkan kepercayaan segalanya kepada Tuhan, ko akan rasa tenang. 

so, maksudnya kita ni patut tunggu jelah jodoh yang Tuhan tetapkan? 

TAK ! mana ada rezeki datang bergolek. kalau ada pun sebenarnya ko tak sedar ko dah banyak usaha sebab ko dah tawakal dan redho tapi ko tak pernah berhenti berdoa. haa giteww konsepnya. 

orang sekeliling selalu pertikai kenapa aku macam tak serik2 kena tipu? tak serik ke kena tinggal ? sebab aku rasa tak salah untuk usaha cari siapa jodoh kita dan yang seterusnya kita serahkan kepada Tuhan. jadikan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran. kalau kena tipu lagi, tak apalah. pengajaran hidup lah tu. setiap apa yang berlaku ada sebabnya. ayat jaga hati sangat tau. 

maka, jangan malas untuk berusaha mencari siapa jodoh kita tapi dalam masa yang sama janganlah sesekali memperbodohkan diri sendiri. jodoh atau bodoh? you choose.

love, nadia.




2015

salam.

sebab aku rasa aku bosan ya amat dekat tempat kerja dan tiba2 aku rasa aku nak buat sesi blogging. so lantak dekat aku lah nak merapu pun dekat sini, hiks. tempat kerja? oh ye, aku dah masuk minggu ketiga kerja dan sesungguhnya aku masih tak ada kerja. datang kerja online, youtube, nyanyi, makan dan semua jenis aktiviti yang tak berfaedah. 

dan disebabkan aku dah kerja maka maksudnya aku dah berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun dekat universiti teknologi malaysia. 


Tadaaa, official letter kata dah grad, kononnya. 
so, kita nak mula dari mana ?

kerja. sebenarnya lah, aku ingat nak lepak dekat rumah dalam sebulan dua (ke lebih?) tapi itulah, ini semua kerja Tuhan. masa tengah hadap paper final dan bersungguh2 buat thesis, aku dapat call dari PMC ajak attend interview for Graduate Trainee (GT) in Design Engineer (DE). pergh ko tak rasa pelik ke bila tak apply kerja mana2 tiba2 dapat call interview ? haa itu bukan pelik, itu Tuhan suruh sedor bawak2 ler cari duit. kata nak kahwin kan, eh tetiba pulak, hiks. maka disaat itulah, aku mula semangat nak cari kerja. setelah beberapa ketika, maka dapat lah jugak aku capai cita2 nak jadi DE walaupun sekadar MDE (Mask Design Engineer).  alhamdulillah, bersyukur sangat dapat tempat kerja dekat dengan rumah ni. dahlah dekat dengan rumah, duduk dekat rumah pulak tu, makan minum mama sedia, apa lagi ko nak? terima kasih Tuhan, untuk segalanya. 

belajar. macam aku cakap tadi, aku dah habis belajar. so sepanjang empat tahun tu, banyak jugak aku buat member, musuh dan jugak ex-boyfriend(s), hiks. alhamdulillah aku manfaatkan empat tahun aku ni dengan pelbagai kerenah manusia dan jugak kerenah diri sendiri yang aku rasa biarlah tersimpan rapi dalam memori kepala aku ni. apa orang kata, tak elok bukak aib orang, haaa giteww~ and there's still a few yang remain as my friends till now, semestinya yang tolong aku "bangun" balik time hujung semester. terima kasih Ku'A, Umi, Leya, Fifah, Tirah Ib, Amirul, lab-mates, adik2 katering and others (you-know-who-you-are). dan time ko hadap final semester ni lah ko boleh tahu siapa kawan, siapa lawan, siapa perangai macam celaka. so appreciate it. time ni lah patut tinggal mana yang patut tinggal !

family. haa part ni kang kalau taip kang ada yang meleleh tak semena-mena dekat office ni, hiks. maka aku cerita the good part jelah ye. so, kitorang ada pertambahan dah jugak pengurangan ahli keluarga. but, everything happened for a reason kan? inshaAllah, ada hikmah semuanya. 

From left; Paklong, Moksu, Maklang, Tokmak, Ummi, Ayah, Faris & Paklang.


kawan/sahabat. habis belajar maksudnya duduk rumah maksudnya jugak aku dapatlah berkepit dengan makwe(s) kesayangan. dan bila aku dapat kerja dekat dengan rumah, maka aku tak payah lah risau nak mulakan process cari kawan lepak semula. dan alhamdulillah, office-mates pun semuanya jenis yang chill, tak ada lah sibuk nak kacau kehidupan aku, hiks. 

life partner. cewah, life partner tau. rasa nak lempang sebab gatal sangat. setelah aku berjaya meninggalkan naimah (setelah tersedar diperbodohkan selama dua tahun), aku kononnya lebih berhati2 dalam memilih pasangan. tapi sayangnya,  nadia memang lemah dengan godaan nafsu untuk bercinta, hiks. maka, aku ter-fall jugak dengan matrix-mate. tapi setelah berbincang, kami buat keputusan nak go with separate ways sebab aku rasa aku bercinta dengan budak2 umur 23 tahun, hiks. padan lah muka sendiri siapa suruh main serkap jarang je. 

and now, aku tersangatlah bersyukur kerana sesungguhnya aku tersangat bahagia (walaupun tak ada lah bahagia sangat) with my family, my sahabat dunia akhirat, my jobs and hopefully, my other half (incoming). well, tak salah nak ada angan2 tinggi kan ? tapi kenalah berusaha barulah boleh tawakal. I've been through a lot of things dari kecil sampailah besar but i know one day i'll find my own happiness. 

dear other half, cepat sikit datang please? banyak ni nak kongsi cerita !

love, nadia.