salam and hai.
okay, harini happy kemain sebab finally dah jumpa membe satu department yeay! bukan setakat satu department, malah, satu company, satu work station dan satu team. haa nampak tak nadia taip dengan bahagianya tu? siapa yang nadia seronok sangat tu? actually, yang baru join team csg adalah awiey, merangkap classmate dan fypmate masa dekat utm dulu. dan dia lah juga geng tak sempat siap pcb dan present fyp hanya menggunakan poster. haa berjodoh sangat kitorang ni, eh?
so, disebabkan mood tengah happy kemain, maka, aku nak spam gambar hari convocation haritu. marilah kita~
Sebelum Masuk DSI:
seawal 5 pagi aku bangun, mandi bersiap walaupun aku takdelah reti nak bersiap lama-lama. dengan menggunakan baju konvo kakak tahun lepas, tudung free dari kedai paksu dan kasut pergi interview, maka siaplah aku untuk ke majlis convocation. malangnya, aku tak cukup bersiap di mata keluarga aku, maka aku dipaksa untuk memakai lipstick. k gais, jangan gelak k.
 |
| ye saya pakai lipstick k. saya dah jadi gadis, kahkah |
 |
| moksu x tokmak |
sampai je utm, singgah jumpa abang2 azah nak belikan breakfast dekat mama & abang. bila dah terangkan semua benda dekat mama, maka aku undur diri mencari teman seperjuangan. gitew~ pergi daftar dengan zahidah, dan selepas tu terjebak lepak dengan shasha & izzul & kawan-kawan izzul yang lain. ya, waktu tu si orang jauh tak reti nak reply telegram aku sebab sibuk dengan kawan-kawan yang lain.
 |
| with #teamforeveralone, nadia x shasha |
 |
| with classmates, zahidah x tirah mus x nadia x shasha |
 |
| tirah ib x naz x kak yana x mila x nadia and others fke-ians |
 |
| with iqram's kesayangan, mila x nadia |
 |
| with forever positive minded classmate , tirah mus x nadia |
 |
| and with my annoying girlfriend ever, nadia x afifah |
Dalam DSI:
sebelum announcement around 7.45 or 8 am kot, sempatlah ber-skype dengan orang jauh. soalan yang aku tanya berulang kali adalah,
"awak, macam orang tua tak? pelik tak? okay tak?" dan dia be like,
"awak, everything is okay. jangan gelabah sangat boleh tak?" 
lepas tu, diorang dah panggil suruh berarak masuk dewan. dan masa bergerak ni lah ternampak ex-scandal aku. semangat aku melambai, nasib dia respon, kalau tak ya rabbi segan! haa, masa berarak masuk ni, ada jugak yang buat hal daftar lambat. haa siapa classmate aku tahulah siapa yang suka sangat buat hal tu even waktu penting cenggini. dan seperti yang dijangkakan, seat aku dengan ex-boyfriend hanyalah dipisahkan dengan mila. nasib ada mila, phew~
 |
| ex-boyfriend tangkapkan gambar, naz x atie x cikqie x tirah mus x kak yana x nadia x mila |
 |
| tadaa, nampak kan ada entiti menyibuk kat situ? |
ada suatu kejadian tak diingini berlaku bila mula-mula pelajar fke naik pentas, around 10-15 people, nama diorang tak appear dekat screen. nasiblah kitorang ni course yang terakhir dan masalah dapat dibetulkan dalam masa yang cepat. gitew~ goodjob kfk!
masa beratur tepi dewan, pergh debau dia lain macam betul. mana nak fikir nak senyum sebab nak bagi gambar elok, mana nak fikir baju labuh takut terpijak dan terjelopok jatuh, mana nak fikir tempat dot-dot yang sepatutnya kitorang ikut. haa nampak tak banyak benda kena fikir? nak dijadikan cerita, waktu naik pentas, dean fke asyik buat lawak sampaikan aku terlupa nak cakap apa dekat Pro-Cansellor. haha ampunkan saya, semua salah dean k?
 |
| thank you abang for capturing this moment |
okay dah pukul 5pm dah. maka nanti aku sambung lagi spam gambar dan segala jenis cerita belakang tabir. 'till then, bye

love,nadia.