October 20, 2015

Lelaki

oh hai.

malam tadi sepatutnya aku spend masa aku dengan family siapkan pulut kuning untuk birthday si faris tapi end up aku duduk terjelopok dalam bilik, mengenangkan kesalahan diri, memikirkan perkara yang tak disangka-sangka yang akan berlaku.

perasaan tu, rasa macam kena hempap dengan batu. sebab aku ingat, bila umur dah 23 tahun, aku dah tak payah hadap benda-benda macam ni lagi. rupanya tak. kerana tak semua orang akan berkelakuan macam umur yang sebenar. ya, umur 23 tahun tapi perangai ya rabbi, mengalahkan budak-budak.

dan kali ni aku anggap semuanya berlaku atas kesalahan aku sendiri, kerana cepat percaya pada orang. kerana mudah memberi peluang. dan kerana mudah memberi ruang. dan entah untuk keberapa kalinya, aku jadikan pengajaran. dan aku cuma mampu berharap ini yang terakhir kali. dah tak sanggup rasanya. dah cukup tua rasanya. 

sakit hati ada. geram ada. sedih ada. dan tersangatlah kelakar. 

"Aku tengok dia tu baik je." - ZS

ya, siapa yang nak tunjuk buruk diri sendiri? aku pun kalau boleh tak nak. dan kalau boleh aku tak nak burukkan orang lain. biar antara aku, dia dan Tuhan. 

aku ni, sejak dulu dah terbiasa orang bawa cerita, orang dengki itu ini. entah apa yang orang tak puas hati aku pun tak faham. sampai aku rasa dah lali, dah tepu dan dah tak hairan.

"kenapa tak nak tegakkan kebenaran kalau betul dia yang salah?" sebab manusia macam ni tak akan pernah puas. pernah ke budak-budak puas selagi dia tak dapat apa yang dia nak? kadang-kadang dah dapat pun still merungut juga, kan? 

maka aku pilih untuk diamkan diri. "kenapa kena diamkan diri? nampak sangat kau salah." ya, biarlah aku mengaku salah sebab aku tak nak susah-susah cari dia dekat Masyhar nanti, sebab aku tahu aku ada salah aku sendiri. salah aku sebab bagi peluang/ruang dekat dia dulu. 

aku rasa tiga ex terakhir aku adalah yang ter-teruk dalam list ex boyfriend(s) aku padahal semuanya aku bercinta/kawan waktu umur dah cukup matang bagi aku. 

sorangnya dah ada perempuan lain tapi tak nak mengaku. bukan sorang, dua tiga pula tu hamboih. mengamalkan aktiviti poligami sungguh. yang aku tak boleh nak terima, dah kantoi depan mata aku sendiri tapi still tak nak mengaku, ya rabbi. ni kalau cerita mahu malu 7 keturunan dia rasanya. 

sorangnya pulak time bercinta tak reti nak cari, bila dah tak ada apa-apa pandai pulak nak cari. online twitter pandai, nak whatsapp mungkin tak ada data kot, hahaha.  itu belum alasan tak masuk akal dia bagi. kalau disebarkan mahu jadi twitpemes aku. 

dan yang terakhirnya. sorang manusia yang gah dari segi perwatakkannya tapi hakikatnya, hm. satu yang aku boleh aku klasifikasikan tentang dia, betullah tiada manusia yang sempurna.


"awak, lupa ke siapa yang kenalkan awak dekat ahli group tu? awak lupa barangkali, takpe awak. have fun bawa cerita buruk tentang saya. ingat, satu awak tunding dekat saya, empat lagi akan kembali kepada awak. mungkin dunia bukan lawannya, akhirat inshaAllah." - NSN

cukuplah agaknya misi kenal dan bercinta dengan kaum lelaki. kegagalan kali ketiga ni rasanya cukuplah menyedarkan aku untuk aku terus berhenti terus terjebak dengan aktiviti tak sihat ni. biarlah karma yang selesaikan apa yang sepatutnya. 

alhamdulillah aku sedar sebelum melangkah level seterusnya. kalau jadi lepas kahwin, allahu, entah macam mana lah aku nanti. semoga apa yang berlaku tidak berulang kembali. nadia dah retired. white flag bebeh, white flag~

"lelaki yang betul mencintai/menyayangi kau adalah lelaki yang berusaha untuk menghalalkan hubungan yang sedia ada tanpa cuba untuk menghalalkan apa yang semestinya sudah haram di dalam agama Islam." 

love, nadia.

October 19, 2015

Convocation

salam and hai. happy convocation gais 

so, sekarang ni tengah musim convo maka penuh lah timeline facebook, twitter, instagram dengan gambar gambar convo masing-masing. started with unimap and followed by utem/uthm, then umt/unikl and last weekend was ump. ini yang ada dekat timeline aku jelah, yang lain-lain tak tahu. dan hujung minggu ni will be our turn, utm sanjungan bangsa, hiks  

apa perasaan nak convo ni? mixed feelings. happy sebab dapat jumpa orang yang kita nak jumpa lepas 3 bulan dah habis belajar (masa untuk bergosip gais!); unhappy sebab duit tak berapa nak ada maka tak boleh nak enjoy sangat sebab bulan ni baru ambil kereta, maksudnya duit dah habis bayar down-payment/service kereta; sedih sebab sorang dekat overseas dan sorang lagi nak jimat so tak nak join convo (why lah kesayangan dua orang ni ) dan ayah will definitely not be there (k bab ni kita postpone k jangan kacau emosi kayy); bahagia sebab boleh berkumpul dengan adik beradik and plus faris dah cukup setahun tomorrow! konon-konon sambut birthday dia juga lah ni. 

dan perasaan yang paling tak berapa nak selesa sekarang ni adalah memikirkan seat dalam dewan nanti. rasanya aku akan duduk sebelah or one/two seat from my ex-boyfriend. jangan fikir kononnya aku tak move on lagi kerana sesungguhnya dah lama move on, cuma, aku rasa benda ni macam awkward dan merimaskan. ye, sangat merimaskan. dan apa yang aku boleh doa sekarang ni, semoga dia grad dengan dean list lah ye, maka tak ada lah kita duduk dekat, kah! 

so, aku akan grad ahad ni, sesi pagi. maka kalau ada orang nak buat suprise bagi bunga ke hadiah ke duit ke (eh?), tersangatlah dialu-alukan. kalau yang dekat UK tu boleh lah wakilkan kawan-kawan untuk pass kan kepada saya, please? hahaha. 

dan convocation ni akan dipenuhi dengan segala jenis ex dan diantaranya adalah ex boyfriend(s), ex crush(s), ex scandal(s), ex girlfriend(s) hihihi yelah kan 4 tahun ni orang kumpul member aku kumpul ex  tapi, the best part is aku dah berjaya tamatkan segala jenis cerita sepanjang 4 tahun bergelar mahasiswi sarjana muda kejuruteraan (elektrik-elektronik), fakulti kejuruteraan elektrik, universiti teknologi malaysia!

eh lupa. terima kasih junior internship/matriculation/lab-mate tolong beratur 3 jam dan ambilkan jubah. terharu sampai rasa nak ajak kahwin tapi tak boleh lah pulak hahaha. jangan lupa aku nak bunga k ahad ni! hahaha



so gais, selamat ber-graduasi hujung minggu ni! tunggu kita update gambar dengan ex(s) kita kayyyy, hahaha bye!

love, nadia. 

October 15, 2015

Hai Stalker

salam dan hai.

apa sebabnya blogger pilih untuk ber-blogging? blogger using their blog to share their thought (ini untuk blogger yang famous lah, bukan aku haha) atau pun luahkan apa yang dia rasa dia tak boleh nak luahkan dekat sesiapa, komuniti atau mana-mana individu maka kami pilih untuk luahkan disini (haa yang ni aku, totally aku) 

kenapa tak private je blog tu? sebab malas nak kisah apa yang orang lain nak cakap/fikir. dan sebenarnya juga dia nak gunakan tempat ni sebagai tempat untuk luahkan apa yang dia rasa dan dia harap orang yang sepatutnya jumpa dan baca luahan ni, hahaha. macam apa yang aku cuba lakukan sekarang ni. 

hai awak yang tengah stalk saya tu! 

tahniah sebab dah jumpa blog aku! maka aku boleh assume yang kau dah baca part aku mengutuk kau. eh bukan mengutuk, menyatakan kebenaran dan meluahkan rasa yang aku rasa setiap kali aku berusaha untuk luahkan dekat kau, kau tak pernah ambil peduli. eh, kau ambil peduli sebenarnya tapi saat itu sahajalah dan esok benda tu berulang balik. 

aku sedar aku ada khilaf diri aku sendiri dan yang paling utama, aku tak jujur dengan kau. tapi kan, aku rasa dah banyak kali aku tunjuk, dan aku bagitahu yang aku tak suka dengan apa yang kau cuba lakukan dekat aku atau apa yang kau fikirkan pasal aku, pasal kisah silam aku. aku rasa diperlekeh, aku rasa dihina dan sesungguhnya aku rasa aku tidak dihormati oleh orang yang kononnya cintakan aku. ya, aku rasa semua tu.

setiap manusia ada kisah silam masing-masing. dan kalau boleh, benda tu dia tak nak ingat, tak nak fikir dan sesungguhnya tak nak diulangi lagi. kenapa kita nak patah balik zaman silam kita walhal Tuhan dah beri peluang untuk kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik?  dan aku rasa, pasangan yang baik tidak perlu ambil tahu apa yang berlaku tentang zaman silam pasangannya. dan sesungguhnya, kita ada hak untuk menutupi kisah kita sendiri kan? 

dunia kita ni tak lama. entah esok, entah kejap lagi, Tuhan dah panggil kita pulang balik dekat Dia. sebab tu, setiap ruang kosong yang kita ada, manfaatkan lah. aku tak kata aku ni baik. ya, aku pun ada masa silam yang teruk, yang jahil, yang aku sendiri malu untuk ingatkan balik. maka, manfaatkan sisa-sisa yang masih ada untuk cuba kembali kepada Dia. 

dan manusia yang baik adalah manusia yang tidak menyalahkan orang lain di atas perkara buruk yang menimpa diri mereka. aku mengaku aku salah. dan aku buat semua ni sebab aku sayangkan diri aku. tolak tepi mengenai lelaki lain yang muncul dalam hidup aku dan focus tentang apa yang berlaku antara kita sebelum ni. dan tolong, jangan salahkan orang lain. cermin diri kita dan reflect apa yang berlaku sebab itu lah penyebab aku izinkan orang lain masuk dalam hidup aku. 

aku doakan kau berjaya jumpa orang yang sesuai dengan kehidupan kau dan aku sentiasa doakan kita sentiasa diberi peluang untuk kembali dekatkan diri kepada Dia. maafkan aku weh, untuk semuanya. 

eh lupa. ingat, niat tak menghalalkan untuk kita buat apa yang kita suka. dan ingatlah, Tuhan sentiasa ada, tengok apa yang kita buat. kalau Dia rasa Dia nak tarik nyawa kita sebab kita asyik tak sedar kita buat salah, kononya kita kebal sangat, tapi tak kan? sebab Dia masih bagi peluang dekat kita. iya pun awak tak takut hukum Tuhan, tapi, tak malu ke? diri kita, cara kita, kita yang tentukan, nak pilih yang baik atau teruskan dengan yang buruk.

love, nadia.

October 9, 2015


23 tahun. 
terlampau banyak yang terluka. 
terlampau banyak yang dilukakan. 
nafsu telah diutamakan, perintah dibelakangkan. 

lantas, aku kerap bertanya kepadaMu.
kenapa aku masih tidak bahagia? 
malah, aku turut mengeluh.
kenapa manusia lain mampu tersenyum bahagia?
aku mempertikaikan kerja Kau, tanpa sedar.
tersedarkah aku mengapa semua ini terjadi?
kerana dihatiku, Kau bukanlah yang utama.

maafkan aku, Tuhan.
atas keluhan, atas ketidakpuashatian, atas segalanya.
aku lupa barangkali, 
Kau menduga, kerana Kau menyayangi.
dan paling utama, Kau merindui aku, rintihan aku.

ya, aku lupa.
kerana aku terlampau kusyuk mengejar dunia.
walhal akhirat sedang menanti.

semoga aku masih punya peluang.
semoga kami semua, hambaMu, masih punya ruang.
berubah, sepertimana Kau kehendaki. 

love, nadia.

October 8, 2015

Demam

hai. 

aku rasa, aku ni memang jenis memanfaatkan benda free lah. aku ingatkan dekat utm je buat perangai setiap minggu pergi pusat kesihatan universiti. ini dah masuk alam bekerja pun, sama je  nasib lah company ada bagi panel klinik, takde lah membazir duit pergi ambil ubat je kerjanya.

oh, aku ni memang banyak penyakit. gastrik lah, migrain lah, resdung lah, asthma lah. sesungguhnya ku tidak minta diri dilahirkan sebegini rupa, gitew~ tapi alhamdulillah, masih punya kekuatan nak hadap semua ni 

dan harini kecundang lagi. demam, batuk, selsema, migrain. full package. maka, ke klinik lagilah kita lepas kerja ni, huhuhu.

bila sakit cemni, mula lah nak emosi. hmm rindu orang jauh  eh ada kaitan ke? 

love, nadia.

October 7, 2015

Memaksa, Dipaksa, Terpaksa & Sebagainya

so, apa yang ini disampaikan sebenarnya? panjang semacam tajuk entry kali ni, 

berdasarkan tajuk pun aku rasa korang dah dapat agak aku tengah sakit hati, kan? kalau tak dapat agak, meh nak bagitahu, ye, aku memang tengah sakit hati. 

seboleh-bolehnya aku tak suka memaksa orang buat apa yang aku suka. contoh, kalau aku suka dekat orang tu, tak delah aku paksa orang tu suka aku balik. well, aku kan jenis terkenal dengan sifat degil suka kejor orang yang aku suka. agak-agak dah give up, aku tinggal jelah. so, tak payah lah paksa orang tu terima kita. sebab perasaan buat sesuatu dalam paksaan ni tak akan lama. biar benda tu datang sendiri, lagi seronok. 

disebabkan aku tak suka memaksa orang maka aku pun tak suka dipaksa untuk buat sesuatu benda yang aku tak suka. even bila orang paksa suruh vacuum rumah pun aku boleh hangin tak tentu pasal. sebab bagi aku, nanti aku free, aku vacuum lah. serious weh, tak seronok buat sesuatu benda sebab orang suruh, ko akan rasa macam useless, tak ikhlas. hahaha amenda tah aku ni~

macam sekarang ni, aku seronok je datang kerja. datang awal, balik lambat. kononnya pekerja cemerlang lah  taklah! sebab kita suka dengan kerja kita so sebab tu kita rasa seronok, kita tak rasa terpaksa untuk pergi kerja. sebab tu orang selalu pesan, kena pilih kerja yang kita suka, so tak delah stress walaupun kerja banyak. cewah, kemain~

sebenarnya, aku tengah dipaksa oleh seorang manusia ni untuk mendengar cakap dan mengikut kehendak dia. dulu mungkin lah aku akan pertimbangkan sebab member sendiri kan, tapi sekarang ni, aku rasa benda tu semua useless. sebab bagi aku, buat apa buat benda yang tak bagi apa-apa faedah dekat kita, kan? ye, aku tahu ko member aku, so we act like kawan lah kan? tak payah melebih, tak payah memaksa, tak payah nak itu ini, settle. 

perasaan manusia ni, senang berubah. lagi-lagi aku, hahaha. disebabkan ko memanjang bagi aku rasa annoyed dengan perangai ko yang kononnya perfect, maka, aku pilih untuk jarakkan diri. carilah orang yang setaraf dengan ko. level ko tu tinggi sangat, gayat aku. kita ni kerja kilang je, keluarga pecah belah, tak mampu~ semoga ketemu jodoh seperti kehendak diri lah yeee. 

love, nadia. 

October 6, 2015

Selamat Pengantin Baru Nadiah & Khuzairy

salam.

so kali ni, nak membebel apa? tengah sedih lagi ke tu wahai diri? hehe, tak lah! aku tengah free tak ada job, maka ke sini lah aku meluangkan masa yang melebih-lebih ni. 

berbicara pasal masalah ni aku rasa, sampai ke alam barzakh pun tak akan settle. yela, bila masuk kubur nanti, masalah nak hadap dosa yang ko buat sepanjang kehidupan ko pula, menjawab lah ko dengan malaikat Munkar dan Nakir . pergh seram sejuk aku taip haha tapi tak sedar diri juga tuuu. tak apa, berubah slow-slow ye wahai muslimin muslimat! alhamdulillah, Tuhan sentiasa ingatkan kita tentang perintahNya. macam mana tu? yela, bila ko rasa sedih, ko rasa takut, ko rasa gerun atau ko rasa lah apa yang ko nak rasa bila ko buat benda yang Tuhan tak kasi, haa gitew~ jangan ada perasaan tak nak berubah ke arah kebaikan pula, haa itu bahaya. maka, sentiasa berdoa lah agar Tuhan tak pernah lelah berikan peringatan terhadap kita. pergh bagi ceramah pula dia ni hahaha. bukanlah! saling mengingatikan Tuhan galakkan, tak kan nak masuk syurga sesorang! hehehe.

oh, last weekend aku balik kl. ada dua sebab sebenarnya. satu nak pergi sambut "baby" baru dan satu lagi nak meraikan pengantin baru. so, kita cerita satu-satu k?

nadiah dah kahwin gais, DAH KAHWIN! hahaha ko nampak tak excited nau aku tu? disebabkan jumlah kawan baik aku ni boleh dikira dengan jari maka perasaan gembira aku lain sikit dari pengantin. pengantin tak adalah excited sangat jumpa aku, aku ja melebih hahaha. perkahwinan ni kiranya perkahwinan pertama di antara kawan-kawan kesayangan aku lah. so, perasaan first time pergi kenduri kawan sendiri ni lain macam betul! oh, terima kasih ji jadi peneman membeli hadiah untuk pasangan pengantin. walaupun ko berjaya menyerabutkan kepala aku sebab ko bawa aku masuk kedai yang penuh dengan benda yang aku suka sampai aku tak tahu nak pilih apa dah, haha. pagi-pagi subuh si nadiah whatsapp aku cakap kata dia suka dengan hadiah aku bagi (dan ko pilih), siap nak gantung dalam bilik lagi. perasaan gembira tu, pergh! walaupun korang akan cakap, "ala, dia jaga hati je", argh lantak, suka hati aku nak gembira ke apa, hahaha. and of course, terima kasih belanja kenny rogers! dah lah teman aku, lepastu aku paksa ko belanja, hehehe kejinya perangai nadia. sebab aku tahu, ko dapat jumpa aku pun ko rasa bahagia kan? hihihi. 

so kenduri kahwin maksudnya dapatlah berkumpul dengan orang-orang yang disukai (dan juga tak! haa yang ni kenalah pandai mengelak ye, boleh belajar slow-slow, haha). tak ramai pun sebenarnya. yang dengan aku, si pasangan bercinta, fuzah & gaban. bila sampai sana, jumpa ku, naz, yana dan 3 orang lagi geng tikl, ain, farhana & nadia. dan terserempak dengan pasangan yang baru bertunang, ada & zharif (ambil berkat katanya, hihi). dan akhir sekali, yang aku tak nak terserempak biarlah dirahsiakan namanya, hiks. punyalah aku nak mengelak, last-last dia datang juga tegur aku, terkesima 8 saat sebab tak tahu nak jawab apa sebab dalam kepala teringin nak jawab, "eh, kita kenal ke?" tapi sebab rasa kejam, maka aku senyum dan berbahasa basi sahaja dengan dia, nasib dia pun perasan aku tak berapa selesa so blah tak lama lepastu, hahaha. 

sebenarnya ada banyak benda nak membebel pasal kenduri kahwin ni, yelah bila dah berjumpa ni, banyaklah gosip ko boleh update. ko mesti ingat aku ni keji kan? sekeji-keji aku, keji lagi budak-budak ni semua. lain macam betul diorang bergosip, hahaha. gambar ada dalam handphone, aku malas nak connect usb hahaha. so nanti lah aku update lain!

aku dah agak dah. kalau menaip ja mesti panjang lebau. ada je benda aku nak cerita, hahaha maaflah ye. so, seterusnya pasal baby baru! last week loan kereta aku dah lepas, hihihi. maka, turunnya aku ke kl menaiki bus dan pulang ke lunas menaiki kereta baru, hihihi. boleh bayang tak muka gelak annoying aku macam mana? perasaan bila dapat drive kereta yang ada dalam geran tertera nama sendiri, yang di apply guna payslip sendiri, yang kena hutang orang itu ini nak bayar downpayment kereta, yang kena bayar bulan-bulan guna account sendiri (yang ni tak berapa nak bahagia lah, haha), pergh bangga babe, bangga! hilang lah kejap perasaan serabut memikirkan duit yang akan terbang setiap bulan menyelesaikan hutang kereta tu, pheww~ tapi sayangnya, aku tak berjaya nak bagi orang yang aku sayang naik kereta aku lagi, inshaAllah suatu hari nanti. kereta adik sendiri ayah, adik berjaya beli kereta sendiri (airmata dah meleleh dah, huhuhu). walaupun hanya sekadar myvi dan dicemuh dengan manusia sejagat sebab aku nak beli myvi je bukan honda ke jenama yang popular, aku tetap bersyukur. mungkin setakat ni je rezeki aku, so, aku terima, alhamdulillah.

okay, marilah berhenti membebel. semoga kita sentiasa dirahmatiNya dan dilindungiNya, inshaAllah. 

love, nadia.

October 1, 2015

Permulaan

salam.

sebelum aku menaip mengikut emosi aku yang tidak berapa okay harini, marilah gembirakan hati ni sedikit. aku dah settle training  haa bahagia tak tu? gila tak bahagia! cuma bahagia tu rasa dalam dua saat mungkin, haha. end of training maksudnya start of project. pergh, seram tak tu? seram sejuk aku waktu taip ni rasanya, haha melebih tau nadia ni. so sebelum start project, aku kena attend review meeting dengan supervisor. other training member tak kena pun, tapi sebab aku GT dengan company maka terpaksalah hadap. so doakan aku dapat good feedback so boleh lah nak handle project dan acah2 rajin buat OT, 

selalunya bila aku membazir masa dekat blog mesti bersebab dan sebabnya cuma satu, emosi tengah tak stabil. kenal sangat dah dengan diri sendiri ni, haha. so apa masalah pula kali ni wahai diri?

perasaan yang aku rasa bila hadapi masalah sekarang ni, pertamanya aku nak kahwin. sebab apa? bila aku dah ada suami, aku rasa aku boleh bergantung dengan dia bila aku ada masalah yang macam ni sebabnya bila cerita dekat orang luar kebanyakkannya diorang ni akan condem aku walhal diorang tak tahu pun apa yang sebenarnya aku hadapi. keduanya, aku rasa nak quit kerja dan sambung belajar. sebab apa? sebab bila aku sambung belajar, aku tak pegang duit, aku tak ada tanggungjawab, so aku tak payah serabut setiap kali gaji masuk nak kena bayar itu ini. ketiganya, aku tak berhenti berdoa aku dapat tukar penang walhal aku boleh ja nak apply terus tukar penang, anytime. sebab apa? sebab aku boleh lari dari masalah yang aku hadapi sekarang ni. 

so, agak2 tahu ke masalah aku melibatkan siapa? family. 

aku bukan datang dari family yang senang. aku bukan datang dari family yang lengkap segala-galanya. my parents dah separate, means there's a lot of things aku nak kena handle. bukan setakat aku, kami semua adik beradik. while kakak always remind me, "nadia, sabar." tapi sampai satu tahap iaitu tahap aku sekarang ni, aku lost, aku rasa give up, aku rasa aku tiada kekuatan untuk pertahankan diri aku sendiri. 

awak baru 23 tahun dan awak kena fikir segala-galanya dan kena selesaikan segala masalah, by your own, agak2 mampu tak? aku pernah cuba nak cerita dekat kawan yang rapat dengan aku, yang kenal aku, tapi kesudahnya aku rasa pissed off. salah aku, sebab aku tak boleh harapkan orang lain faham apa yang aku rasa, apa yang aku alami. two months in working area, aku dah rasa give up. ko bayangkan betapa tingginya pressure yang diberi kepada aku? ini bukan sebab work scope too complex too handle, tak pun. aku seronok dengan kerja aku, aku seronok dengan officemates aku, aku seronok hari2 pergi kerja walaupun masuk pukul 8 pagi balik 5.30 petang. tapi bila aku balik rumah, perasaan itu hilang. 

aku yang bongsu, suara aku, suara minoriti. aku lah yang paling sensitive, yang mudah menangis setiap kali meluahkan rasa dekat kakak2 aku, dekat orang yang rapat dengan aku. even sekarang sambil menaip tengah cover air mata ni. sebab aku terlampau banyak memendam rasa dan aku tak boleh luahkan apa yang aku rasa, kot.

dan sekarang, setiap malam Tuhan kejutkan aku. ya, Dia tahu apa yang aku rasa sekarang, Dia nak aku mengadu dekat Dia sebab Dia Yang Maha Kuasa atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita. tapi aku bersyukur, at least He remember me dan sayangkan aku sebab tak berhenti2 uji aku dengan segala jenis masalah. sebab Dia tahu, aku kuat. cuma aku tak tahu kekuatan yang aku ada sampai bila boleh bertahan, sampai mana. 

dan alhamdulillah, Tuhan kirimkan manusia yang tabah dengar aku membebel setiap hari mengadu itu ini dan nasihat yang dia bagi banyak membantu aku untuk terus bersabar lah. aku bukan boleh terima sebab dia memihak kepada aku tapi cara dia untuk jaga hati aku but in the same time tak membelakangkan keluarga aku. 

entry kali ni bukannya nak burukkan keluarga aku, tak pernah terlintas pun. cuma, aku cuma manusia biasa, yang perlukan ruang untuk diri sendiri. dan aku tak pernah paksa sesiapa untuk terima apa yang aku usulkan cuma bagi aku, hadap dulu baru bersuara. sebab aku tahu, orang yang melihat dengan orang yang menghadapi setiap satu perkara, berbeza perasaannya, berbeza pandangannya. 

terima kasih kakak, sebab sentiasa ada dengan adik.
terima kasih awak, sebab selalu berusaha bagi saya senyum walaupun awak tak kisah pun kan, kononnya. 
terima kasih sahabat, sebab cuba untuk menasihati aku, maaf sebab aku diamkan diri. takut tersalah tutur bicara. 
terima kasih untuk sesiapa, yang hadir ukirkan senyuman tanpa sedar mahupun tidak.


semoga Tuhan mudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat. 
love, nadia.