July 16, 2013

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan ke 7.

Sudah banyak kali sebenarnya menaip dan memadam semula.
Sudah banyak kali sebenarnya masuk draft kemudian di deletekan.
Ada banyak ingin dikongsi. 
Ada banyak ingin diluahkan.
Tetapi, tidak pernah kesampaian. 
Entah kenapa.

Dan kali ini.
Hati terlampau gundah gulana.
Hati terlampau resah mengenangkan apa yang bakal berlaku.

Ramadhan pertama tanpa beliau disisi.
Ingin diluahkan rasa rindu, tetapi, kebencian memunjak.
Ingin diluahkan rasa sayang, tetapi, keegooan menguasai.

Ramadhan kedua berjauhan daripada keluarga.
Berterusan mencari nafkah. 
Untuk bekalan diri. Untuk bekalan keluarga. 
Sibuk siswi siswa yang berada di dalam lingkungan pengambilan ijazah memenuhi ruang ruang kosong bersama teman dan bersama keluarga, 
Tetapi, aku disini,berjauhan dan memenuhi masa dengan pekerjaan.
Allah itu ada, balasan pahala itu ada, kan ? 

Dan, aku tidak tahu aku ini dikenakan sumpahan dalam percintaan atau apa.
Setiap kali menjangkau sesuatu jangka masa, pasti. 
Pasti akan ada sesuatu yang berlaku. Pasti.

Dan, kadang kadang, aku lelah. 

Berbicara tentang hati. Susah.
Manusia itu lain ragamnya.
Lain hati, lain cara jagaannya.
Lain hati, lain isi hatinya.

Nadia.
Biarlah masa menentukan segalanya.
Biarlah kali ini kita mengekor alirannya sahaja.
Jangan diubah.
Jangan memintas.
Tunggu dan lihat ya sayang ?
Moga Allah permudahkan segalanya. 



Moga Allah permudahkan segalanya. Moga.
Nadia Ariffin. July 2013.