August 17, 2015

2015

salam.

sebab aku rasa aku bosan ya amat dekat tempat kerja dan tiba2 aku rasa aku nak buat sesi blogging. so lantak dekat aku lah nak merapu pun dekat sini, hiks. tempat kerja? oh ye, aku dah masuk minggu ketiga kerja dan sesungguhnya aku masih tak ada kerja. datang kerja online, youtube, nyanyi, makan dan semua jenis aktiviti yang tak berfaedah. 

dan disebabkan aku dah kerja maka maksudnya aku dah berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun dekat universiti teknologi malaysia. 


Tadaaa, official letter kata dah grad, kononnya. 
so, kita nak mula dari mana ?

kerja. sebenarnya lah, aku ingat nak lepak dekat rumah dalam sebulan dua (ke lebih?) tapi itulah, ini semua kerja Tuhan. masa tengah hadap paper final dan bersungguh2 buat thesis, aku dapat call dari PMC ajak attend interview for Graduate Trainee (GT) in Design Engineer (DE). pergh ko tak rasa pelik ke bila tak apply kerja mana2 tiba2 dapat call interview ? haa itu bukan pelik, itu Tuhan suruh sedor bawak2 ler cari duit. kata nak kahwin kan, eh tetiba pulak, hiks. maka disaat itulah, aku mula semangat nak cari kerja. setelah beberapa ketika, maka dapat lah jugak aku capai cita2 nak jadi DE walaupun sekadar MDE (Mask Design Engineer).  alhamdulillah, bersyukur sangat dapat tempat kerja dekat dengan rumah ni. dahlah dekat dengan rumah, duduk dekat rumah pulak tu, makan minum mama sedia, apa lagi ko nak? terima kasih Tuhan, untuk segalanya. 

belajar. macam aku cakap tadi, aku dah habis belajar. so sepanjang empat tahun tu, banyak jugak aku buat member, musuh dan jugak ex-boyfriend(s), hiks. alhamdulillah aku manfaatkan empat tahun aku ni dengan pelbagai kerenah manusia dan jugak kerenah diri sendiri yang aku rasa biarlah tersimpan rapi dalam memori kepala aku ni. apa orang kata, tak elok bukak aib orang, haaa giteww~ and there's still a few yang remain as my friends till now, semestinya yang tolong aku "bangun" balik time hujung semester. terima kasih Ku'A, Umi, Leya, Fifah, Tirah Ib, Amirul, lab-mates, adik2 katering and others (you-know-who-you-are). dan time ko hadap final semester ni lah ko boleh tahu siapa kawan, siapa lawan, siapa perangai macam celaka. so appreciate it. time ni lah patut tinggal mana yang patut tinggal !

family. haa part ni kang kalau taip kang ada yang meleleh tak semena-mena dekat office ni, hiks. maka aku cerita the good part jelah ye. so, kitorang ada pertambahan dah jugak pengurangan ahli keluarga. but, everything happened for a reason kan? inshaAllah, ada hikmah semuanya. 

From left; Paklong, Moksu, Maklang, Tokmak, Ummi, Ayah, Faris & Paklang.


kawan/sahabat. habis belajar maksudnya duduk rumah maksudnya jugak aku dapatlah berkepit dengan makwe(s) kesayangan. dan bila aku dapat kerja dekat dengan rumah, maka aku tak payah lah risau nak mulakan process cari kawan lepak semula. dan alhamdulillah, office-mates pun semuanya jenis yang chill, tak ada lah sibuk nak kacau kehidupan aku, hiks. 

life partner. cewah, life partner tau. rasa nak lempang sebab gatal sangat. setelah aku berjaya meninggalkan naimah (setelah tersedar diperbodohkan selama dua tahun), aku kononnya lebih berhati2 dalam memilih pasangan. tapi sayangnya,  nadia memang lemah dengan godaan nafsu untuk bercinta, hiks. maka, aku ter-fall jugak dengan matrix-mate. tapi setelah berbincang, kami buat keputusan nak go with separate ways sebab aku rasa aku bercinta dengan budak2 umur 23 tahun, hiks. padan lah muka sendiri siapa suruh main serkap jarang je. 

and now, aku tersangatlah bersyukur kerana sesungguhnya aku tersangat bahagia (walaupun tak ada lah bahagia sangat) with my family, my sahabat dunia akhirat, my jobs and hopefully, my other half (incoming). well, tak salah nak ada angan2 tinggi kan ? tapi kenalah berusaha barulah boleh tawakal. I've been through a lot of things dari kecil sampailah besar but i know one day i'll find my own happiness. 

dear other half, cepat sikit datang please? banyak ni nak kongsi cerita !

love, nadia.