August 26, 2015

Yesterday

salam. 

harini nak kena taip secara ringkas (tapi kalau tiba2 panjang tu maaflah, haha) sebab kerja dah bertimbun sebab bila vnc aku dah berfungsi, maka aku sudah tidak ada masa nak berfoya-foya. so, let's proceed. 

yesterday was disaster ! semalam our company ada buat open internal. okay apa open internal ni? kiranya kami pekerja2 ni, tak kiralah BB (Blue Badge - permanent worker) atau GB (Green Badge - contingent worker) boleh lah promote mana2 yang diorang kenal either fresh grad or experience worker untuk bekerja dengan kitorang ni. aku pun tak faham dia punya process macam mana tapi disebabkan cubicle depan aku, si Kak Ana ni tersangatlah rancak cari kawan2, maka aku pun terjebak sekali. but in the same time, aku nak jugak tolong kawan2 aku yang masih tengah mencari kerja tu, so aku adakan 'Cheat Hour' which is aku dibenarkan untuk online dan sebarkan dan mencari mana2 orang yang teringin nak cari kerja dan work with our company. 

dipendekkan cerita, bila kita dah sebarkan benda alah ni melalui twitter maka datanglah seribu jenis soalan bertanyakan pasal position apa, kerja dekat mana, gaji dapat berapa, bila interview. actually, aku cuba untuk cool down dan try untuk jawab setiap satu soalan tapi aku hanyalah insan biasa yang tengah busy bekerja, haa giteww~ ditambah pulak tengah emosi tak stabil, ya rabbi, menguji kesabaran luar dalam! maaflah kalau ada yang tak menjawab atau terkasar bahasa. pasal resume yang aku terima, senior aku adalah suruh aku bagitahu balik yang mana untuk buat improvement resume tapi tu nanti aku cerita dalam next entry (cewah, macam ada orang nak baca, hiks).

dan semalam jugak, my another makwe, Azwa dah dapat confirmation place untuk sambung her chamber dekat firm area Perda. alhamdulillah. aku seronok sebab dekat dengan aku maka masih ada lah yang aku boleh culik bila aku serabut dengan kerja aku but in the same time aku sedih sebab semua dah start bekerja. bila dah start bekerja ni, everything will change. masa dengan dunia luar jadi semakin terhad dan sesungguhnya Azwa seorang yang terlampau focus on her work. so i just hope dia still ada masa bila aku perlukan dia (i mean, bila aku betul2 serabut) sebab kalau setakat merengek tak kena masa tu, bior jelah dekat aku, hiks. 

bila dengan diorang ni, aku tak reti nak berahsia. punyalah bersungguh2 berahsia dengan Wafa but end up, aku yang akan cerita sendiri dekat dia what actually happened between us. after having a short conversation and discussion with them, i think i should stop and give him time to cool down. and i hope my work mampu untuk buat aku lupa pasal benda alah ni. hopefully lah. dah 23 tahun pun masih serabut pasal hati dan perasaan, emosi betul aku dengan diri sendiri ni, haih~

eh okay lah, jumpa next entry pasal resume! mari kita sambung kerja. 

dear Azwa,

bila hang cakap dekat aku yang kalau hang tak dapat firm dekat Perda ni hang nak accept ja dekat Ipoh tu, aku dah menangis sendu2 dah. after Zuhanna pergi TLDM aku rasa aku lebih banyak mengadu dekat hang, dekat Wafa. and you know everything about me sampaikan aku sendiri tak tahu apa benda ja aku tak cerita dekat hang. bila aku bukak message hang and you told me yang hang dapat kerja, aku rasa lega sangat. you know how much aku sedih bila Wafa cakap dia nak kerja dekat Puchong kan? okay macam dah nak sendu pulak. so, aku harap hang terus tabah untuk melayan kerenah aku yang tak berkesudahan ni. congratulation sayangku! aku sayang hang, lillahitaala. 

love, nadia.