August 24, 2015

Mood Swings

hai gais~

aku rasa aku dah terjebak dengan mood swings yang merimaskan, haih. maka aku pilih untuk menaip dari melepaskan dekat orang yang tidak sepatutnya. 

sebenarnya apa benda mood swings ni ? setiap orang khususnya perempuan ni ada mood swings yang tersendiri termasuklah aku (tapi kalau sama tu kira kita geng lah). benda ni berlaku once a month lah (if you know what i mean). walaupun orang kata aku ni half lelaki half perempuan (kononnya aku tak akan melalui lah fasa ni) tapi bila bab emosi ni, aku sendiri mengaku lah yang aku ni pure perempuan. pergh emosi kemain tau ! aku sendiri tak boleh nak hadap kadang2.

so, bila aku tengah turned on mood swings ni, aku banyak luangkan masa dengan diri sendiri. merayau lah kemana-mana aku pergi. kalau dekat johor dulu, banyak kali jugak aku sampai Tanjung Balau secara tetiba tak pun pergi shopping dekat Jusco Tebrau. salah satu sebab aku choose untuk bawak balik si citra tu ke pangkuan keluarga adalah sebab aku rasa aku ni bila tengah mood swings, aku drive macam drifter, segala jenis traffic light aku langar dan kalau boleh, minyak tu tekan sampai habis. iyelah, orang kata emosi menguasai diri, giteww~ sebab bagi aku, aku kena jauhkan diri dengan orang sekeliling sebab time macam ni lah aku senang gila nak marah orang but in the same time aku jugak kuat menangis. aku boleh marah orang tu sampai aku sendiri menangis. dah lah ko marah orang yang tak bersalah lepastu ko menangis, tak pelik ke ? drama sangat tau nadia ni. 

tapi bila duduk dekat rumah, aku tak da pilihan lain. aku cuma boleh tidur secara berterusan atau pun aku memerap dalam bilik. kiranya aku choose untuk jauhkan diri dari keluarga aku ataupun kawan2 rapat dengan aku. walaupun deep inside, aku perlukan seseorang untuk tenangkan diri aku tapi itulah. susah nak orang faham kehendak diri kita sebab kita sendiri pun tak faham diri kita. 

seharian aku jauhkan diri dalam dunia maya. aku tak online twitter, aku tak scroll instagram, aku tak stalk orang kat facebook dan aku tak on data dekat handphone. aku siap kunci handphone dalam locker. 

tapi itulah manusia. nak jauhkan diri tapi mana boleh tanggung rasa rindu yang menebal. rendahkan ego sikit dan luahkan kata maaf. padahal memang salah sendiri tapi tak sedor diri, puih. lepastu aku rasa menyesal, "eh dah kenapa nak kena minta maaf pulak bukan salah aku." banyak ko punya bukan salah ko, tinggal anak orang tepi jalan macam tu tak salah lagi ke nurul shafiqah nadia ? 

entah kenapa, perasaan takut tu sentiasa menghantui diri aku. walaupun aku tahu setiap orang berbeza tapi apa yang berlaku dalam kehidupan aku buat aku rasa macam aku akan sentiasa ditinggalkan dan aku rasa macam aku tak akan pernah layak untuk dicintai sepenuh hati, seikhlas jiwa. 30 tahun tu aku rasa dah cukup lama, dah cukup kukuh tapi sebenarnya tak. tak cukup kukuh untuk kekalkan cinta antara diorang inikan aku, yang baru nak menapak menanam kasih yang entah hanya aku seorang yang terhegeh2. bayangkan, bagaimana aku nak percaya cinta itu wujud selepas apa yang aku agungkan sepanjang aku bernyawa tu lenyap musnah macam tu sahaja ? haa nampak, aku emosi lagi. dah melalut bercerita pasal hati dan perasaan pulak.

cepatlah berlalu musim mood swings. aku dah tak larat nak berperang dengan diri sendiri, letih.



i miss you ayah, tersangat rindu.
love, nadia.