salam.
entry kedua dalam hari yang sama. sebabnya aku tulis entry secara berterusan sebab aku rasa aku nak tulis lah. hiks. taklah, aku rasa aku teringin nak share apa yang aku rasa dan apa yang aku alami sebelum2 ni. kemain macam retis tau nak share bagai, hiks.
so, nak cerita pasal apa sebenarnya ni?
cakap pasal jodoh ni, aku ni kira selalu jugak berusaha untuk mengubah takdir aku lah (kononnya). even though my relationship with my partner (previously) agak teruk, i'll always try to betulkan segala jenis masalah yang berlaku walhal sebenarnya aku tak sedar itu adalah tanda yang Tuhan tunjuk untuk blah dan move on.
so, sebenarnya kita ni patut buat apa?
previously, aku selalu lah mainkan perasaan orang. ala dulu, zaman jahiliah, zaman cinta monyet, so selalu jugak lah mainkan perasaan orang. kononnya bajet hot-stuff lah nak mainkan perasaan anak orang, hamboih (sila jangan jadikan contoh ya). so, bila dah besar sikit dan bila orang buat balik dekat kita, kita rasa macam, "oh, hukum karma. redho jelah." ye pun hukum karma, ko janganlah jadi bodoh untuk diperbodohkan secara berterusan, hamboih !
bagi aku, jodoh ni macam impian hidup. so, untuk capai setiap impian kita mestilah kita akan berusaha bersungguh2 untuk dapatkan kan? dan bila kita dapat, kita akan jaga elok2 untuk tak bagi benda tu hilang macam tu ja. tapi, ko kena ingat, setelah usaha, kita perlu tawakal dan redho. redho tu redho jugak tapi jangan lupa untuk berdoa. ya, berdoa. doa tu kunci segala-galanya.
sebagai contoh, tatkala aku diperbodohkan oleh seorang lelaki ni, hati aku masih lagi nak terima dia lagi sebab bagi aku, dia ni boleh diberi peluang kedua (ketiga, keempat, kelima, etc). so the best decision yang aku buat adalah aku tak berhenti berdoa. bukannya berdoa, "ya Allah ko jodohkan dia dengan aku tak kira apa yang berlaku." hamboih, drama sangat. gunakanlah the power of doa by asking Him what actually you should do ? alhamdulillah, walaupun lambat aku bertindak tapi aku masih berpeluang untuk betulkan keadaan. sesungguhnya bila ko letakkan kepercayaan segalanya kepada Tuhan, ko akan rasa tenang.
so, maksudnya kita ni patut tunggu jelah jodoh yang Tuhan tetapkan?
TAK ! mana ada rezeki datang bergolek. kalau ada pun sebenarnya ko tak sedar ko dah banyak usaha sebab ko dah tawakal dan redho tapi ko tak pernah berhenti berdoa. haa giteww konsepnya.
orang sekeliling selalu pertikai kenapa aku macam tak serik2 kena tipu? tak serik ke kena tinggal ? sebab aku rasa tak salah untuk usaha cari siapa jodoh kita dan yang seterusnya kita serahkan kepada Tuhan. jadikan apa yang dah berlaku sebagai pengajaran. kalau kena tipu lagi, tak apalah. pengajaran hidup lah tu. setiap apa yang berlaku ada sebabnya. ayat jaga hati sangat tau.
maka, jangan malas untuk berusaha mencari siapa jodoh kita tapi dalam masa yang sama janganlah sesekali memperbodohkan diri sendiri. jodoh atau bodoh? you choose.
love, nadia.