salam and hai. happy convocation gais 
so, sekarang ni tengah musim convo maka penuh lah timeline facebook, twitter, instagram dengan gambar gambar convo masing-masing. started with unimap and followed by utem/uthm, then umt/unikl and last weekend was ump. ini yang ada dekat timeline aku jelah, yang lain-lain tak tahu. dan hujung minggu ni will be our turn, utm sanjungan bangsa, hiks 


apa perasaan nak convo ni? mixed feelings. happy sebab dapat jumpa orang yang kita nak jumpa lepas 3 bulan dah habis belajar (masa untuk bergosip gais!); unhappy sebab duit tak berapa nak ada maka tak boleh nak enjoy sangat sebab bulan ni baru ambil kereta, maksudnya duit dah habis bayar down-payment/service kereta; sedih sebab sorang dekat overseas dan sorang lagi nak jimat so tak nak join convo (why lah kesayangan dua orang ni
) dan ayah will definitely not be there (k bab ni kita postpone k jangan kacau emosi kayy); bahagia sebab boleh berkumpul dengan adik beradik and plus faris dah cukup setahun tomorrow! konon-konon sambut birthday dia juga lah ni.
dan perasaan yang paling tak berapa nak selesa sekarang ni adalah memikirkan seat dalam dewan nanti. rasanya aku akan duduk sebelah or one/two seat from my ex-boyfriend. jangan fikir kononnya aku tak move on lagi kerana sesungguhnya dah lama move on, cuma, aku rasa benda ni macam awkward dan merimaskan. ye, sangat merimaskan. dan apa yang aku boleh doa sekarang ni, semoga dia grad dengan dean list lah ye, maka tak ada lah kita duduk dekat, kah!
so, aku akan grad ahad ni, sesi pagi. maka kalau ada orang nak buat suprise bagi bunga ke hadiah ke duit ke (eh?), tersangatlah dialu-alukan. kalau yang dekat UK tu boleh lah wakilkan kawan-kawan untuk pass kan kepada saya, please? hahaha.
dan convocation ni akan dipenuhi dengan segala jenis ex dan diantaranya adalah ex boyfriend(s), ex crush(s), ex scandal(s), ex girlfriend(s) hihihi yelah kan 4 tahun ni orang kumpul member aku kumpul ex
tapi, the best part is aku dah berjaya tamatkan segala jenis cerita sepanjang 4 tahun bergelar mahasiswi sarjana muda kejuruteraan (elektrik-elektronik), fakulti kejuruteraan elektrik, universiti teknologi malaysia!
eh lupa. terima kasih junior internship/matriculation/lab-mate tolong beratur 3 jam dan ambilkan jubah. terharu sampai rasa nak ajak kahwin tapi tak boleh lah pulak hahaha. jangan lupa aku nak bunga k ahad ni! hahaha
so gais, selamat ber-graduasi hujung minggu ni! tunggu kita update gambar dengan ex(s) kita kayyyy, hahaha bye!
love, nadia.
