hai.
aku rasa, aku ni memang jenis memanfaatkan benda free lah. aku ingatkan dekat utm je buat perangai setiap minggu pergi pusat kesihatan universiti. ini dah masuk alam bekerja pun, sama je
nasib lah company ada bagi panel klinik, takde lah membazir duit pergi ambil ubat je kerjanya.
oh, aku ni memang banyak penyakit. gastrik lah, migrain lah, resdung lah, asthma lah. sesungguhnya ku tidak minta diri dilahirkan sebegini rupa, gitew~ tapi alhamdulillah, masih punya kekuatan nak hadap semua ni 
dan harini kecundang lagi. demam, batuk, selsema, migrain. full package. maka, ke klinik lagilah kita lepas kerja ni, huhuhu.
bila sakit cemni, mula lah nak emosi. hmm rindu orang jauh
eh ada kaitan ke?
love, nadia.