salam dan hai.
apa sebabnya blogger pilih untuk ber-blogging? blogger using their blog to share their thought (ini untuk blogger yang famous lah, bukan aku haha) atau pun luahkan apa yang dia rasa dia tak boleh nak luahkan dekat sesiapa, komuniti atau mana-mana individu maka kami pilih untuk luahkan disini (haa yang ni aku, totally aku)
kenapa tak private je blog tu? sebab malas nak kisah apa yang orang lain nak cakap/fikir. dan sebenarnya juga dia nak gunakan tempat ni sebagai tempat untuk luahkan apa yang dia rasa dan dia harap orang yang sepatutnya jumpa dan baca luahan ni, hahaha. macam apa yang aku cuba lakukan sekarang ni.
hai awak yang tengah stalk saya tu!
tahniah sebab dah jumpa blog aku! maka aku boleh assume yang kau dah baca part aku mengutuk kau. eh bukan mengutuk, menyatakan kebenaran dan meluahkan rasa yang aku rasa setiap kali aku berusaha untuk luahkan dekat kau, kau tak pernah ambil peduli. eh, kau ambil peduli sebenarnya tapi saat itu sahajalah dan esok benda tu berulang balik.
aku sedar aku ada khilaf diri aku sendiri dan yang paling utama, aku tak jujur dengan kau. tapi kan, aku rasa dah banyak kali aku tunjuk, dan aku bagitahu yang aku tak suka dengan apa yang kau cuba lakukan dekat aku atau apa yang kau fikirkan pasal aku, pasal kisah silam aku. aku rasa diperlekeh, aku rasa dihina dan sesungguhnya aku rasa aku tidak dihormati oleh orang yang kononnya cintakan aku. ya, aku rasa semua tu.
setiap manusia ada kisah silam masing-masing. dan kalau boleh, benda tu dia tak nak ingat, tak nak fikir dan sesungguhnya tak nak diulangi lagi. kenapa kita nak patah balik zaman silam kita walhal Tuhan dah beri peluang untuk kita ubah diri kita ke arah yang lebih baik? dan aku rasa, pasangan yang baik tidak perlu ambil tahu apa yang berlaku tentang zaman silam pasangannya. dan sesungguhnya, kita ada hak untuk menutupi kisah kita sendiri kan?
dunia kita ni tak lama. entah esok, entah kejap lagi, Tuhan dah panggil kita pulang balik dekat Dia. sebab tu, setiap ruang kosong yang kita ada, manfaatkan lah. aku tak kata aku ni baik. ya, aku pun ada masa silam yang teruk, yang jahil, yang aku sendiri malu untuk ingatkan balik. maka, manfaatkan sisa-sisa yang masih ada untuk cuba kembali kepada Dia.
dan manusia yang baik adalah manusia yang tidak menyalahkan orang lain di atas perkara buruk yang menimpa diri mereka. aku mengaku aku salah. dan aku buat semua ni sebab aku sayangkan diri aku. tolak tepi mengenai lelaki lain yang muncul dalam hidup aku dan focus tentang apa yang berlaku antara kita sebelum ni. dan tolong, jangan salahkan orang lain. cermin diri kita dan reflect apa yang berlaku sebab itu lah penyebab aku izinkan orang lain masuk dalam hidup aku.
aku doakan kau berjaya jumpa orang yang sesuai dengan kehidupan kau dan aku sentiasa doakan kita sentiasa diberi peluang untuk kembali dekatkan diri kepada Dia. maafkan aku weh, untuk semuanya.
eh lupa. ingat, niat tak menghalalkan untuk kita buat apa yang kita suka. dan ingatlah, Tuhan sentiasa ada, tengok apa yang kita buat. kalau Dia rasa Dia nak tarik nyawa kita sebab kita asyik tak sedar kita buat salah, kononya kita kebal sangat, tapi tak kan? sebab Dia masih bagi peluang dekat kita. iya pun awak tak takut hukum Tuhan, tapi, tak malu ke? diri kita, cara kita, kita yang tentukan, nak pilih yang baik atau teruskan dengan yang buruk.
eh lupa. ingat, niat tak menghalalkan untuk kita buat apa yang kita suka. dan ingatlah, Tuhan sentiasa ada, tengok apa yang kita buat. kalau Dia rasa Dia nak tarik nyawa kita sebab kita asyik tak sedar kita buat salah, kononya kita kebal sangat, tapi tak kan? sebab Dia masih bagi peluang dekat kita. iya pun awak tak takut hukum Tuhan, tapi, tak malu ke? diri kita, cara kita, kita yang tentukan, nak pilih yang baik atau teruskan dengan yang buruk.
love, nadia.