sebelum aku menaip mengikut emosi aku yang tidak berapa okay harini, marilah gembirakan hati ni sedikit. aku dah settle training 
haa bahagia tak tu? gila tak bahagia! cuma bahagia tu rasa dalam dua saat mungkin, haha. end of training maksudnya start of project. pergh, seram tak tu? seram sejuk aku waktu taip ni rasanya, haha melebih tau nadia ni. so sebelum start project, aku kena attend review meeting dengan supervisor. other training member tak kena pun, tapi sebab aku GT dengan company maka terpaksalah hadap. so doakan aku dapat good feedback so boleh lah nak handle project dan acah2 rajin buat OT, 

selalunya bila aku membazir masa dekat blog mesti bersebab dan sebabnya cuma satu, emosi tengah tak stabil. kenal sangat dah dengan diri sendiri ni, haha. so apa masalah pula kali ni wahai diri?
perasaan yang aku rasa bila hadapi masalah sekarang ni, pertamanya aku nak kahwin. sebab apa? bila aku dah ada suami, aku rasa aku boleh bergantung dengan dia bila aku ada masalah yang macam ni sebabnya bila cerita dekat orang luar kebanyakkannya diorang ni akan condem aku walhal diorang tak tahu pun apa yang sebenarnya aku hadapi. keduanya, aku rasa nak quit kerja dan sambung belajar. sebab apa? sebab bila aku sambung belajar, aku tak pegang duit, aku tak ada tanggungjawab, so aku tak payah serabut setiap kali gaji masuk nak kena bayar itu ini. ketiganya, aku tak berhenti berdoa aku dapat tukar penang walhal aku boleh ja nak apply terus tukar penang, anytime. sebab apa? sebab aku boleh lari dari masalah yang aku hadapi sekarang ni.
so, agak2 tahu ke masalah aku melibatkan siapa? family.
aku bukan datang dari family yang senang. aku bukan datang dari family yang lengkap segala-galanya. my parents dah separate, means there's a lot of things aku nak kena handle. bukan setakat aku, kami semua adik beradik. while kakak always remind me, "nadia, sabar." tapi sampai satu tahap iaitu tahap aku sekarang ni, aku lost, aku rasa give up, aku rasa aku tiada kekuatan untuk pertahankan diri aku sendiri.
awak baru 23 tahun dan awak kena fikir segala-galanya dan kena selesaikan segala masalah, by your own, agak2 mampu tak? aku pernah cuba nak cerita dekat kawan yang rapat dengan aku, yang kenal aku, tapi kesudahnya aku rasa pissed off. salah aku, sebab aku tak boleh harapkan orang lain faham apa yang aku rasa, apa yang aku alami. two months in working area, aku dah rasa give up. ko bayangkan betapa tingginya pressure yang diberi kepada aku? ini bukan sebab work scope too complex too handle, tak pun. aku seronok dengan kerja aku, aku seronok dengan officemates aku, aku seronok hari2 pergi kerja walaupun masuk pukul 8 pagi balik 5.30 petang. tapi bila aku balik rumah, perasaan itu hilang.
aku yang bongsu, suara aku, suara minoriti. aku lah yang paling sensitive, yang mudah menangis setiap kali meluahkan rasa dekat kakak2 aku, dekat orang yang rapat dengan aku. even sekarang sambil menaip tengah cover air mata ni. sebab aku terlampau banyak memendam rasa dan aku tak boleh luahkan apa yang aku rasa, kot.
dan sekarang, setiap malam Tuhan kejutkan aku. ya, Dia tahu apa yang aku rasa sekarang, Dia nak aku mengadu dekat Dia sebab Dia Yang Maha Kuasa atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan kita. tapi aku bersyukur, at least He remember me dan sayangkan aku sebab tak berhenti2 uji aku dengan segala jenis masalah. sebab Dia tahu, aku kuat. cuma aku tak tahu kekuatan yang aku ada sampai bila boleh bertahan, sampai mana.
dan alhamdulillah, Tuhan kirimkan manusia yang tabah dengar aku membebel setiap hari mengadu itu ini dan nasihat yang dia bagi banyak membantu aku untuk terus bersabar lah. aku bukan boleh terima sebab dia memihak kepada aku tapi cara dia untuk jaga hati aku but in the same time tak membelakangkan keluarga aku.
entry kali ni bukannya nak burukkan keluarga aku, tak pernah terlintas pun. cuma, aku cuma manusia biasa, yang perlukan ruang untuk diri sendiri. dan aku tak pernah paksa sesiapa untuk terima apa yang aku usulkan cuma bagi aku, hadap dulu baru bersuara. sebab aku tahu, orang yang melihat dengan orang yang menghadapi setiap satu perkara, berbeza perasaannya, berbeza pandangannya.
terima kasih kakak, sebab sentiasa ada dengan adik.
terima kasih awak, sebab selalu berusaha bagi saya senyum walaupun awak tak kisah pun kan, kononnya.
terima kasih sahabat, sebab cuba untuk menasihati aku, maaf sebab aku diamkan diri. takut tersalah tutur bicara.
terima kasih untuk sesiapa, yang hadir ukirkan senyuman tanpa sedar mahupun tidak.
semoga Tuhan mudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.
love, nadia.